HAK TETANGGA
Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan
dengan sanadnya dari Abdullah bin Amr bin Al-ash r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tujuh macam
orang yang tidak akan dilihat oleh Allah s.w.t. pada
hari kiamat dan tidak diringankan siksaanya dan diperintahkan masuk neraka
bersama-sama orang yang masuk neraka ialah:
·
Pelacur lelaki dengan lelaki (liwat)
·
Orang yang bersetubuh dengan binatang
·
Orang yang onani
·
Orang yang setubuh dengan wanita melalui dubur
·
Orang yang bersetubuh dengan wanita dan anak perempuannya
·
Orang yang berzina dengan isteri tetangganya
·
Orang yang menggangu tetangganya, terang-terangan kecuali jika taubat
dengan memenuhi syarat-syarat taubatnya
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin mas'ud
r.a. berkata Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Demi Allah, tidak Islam seorang hamba sehingga selamat semua orang
dari gangguan hati, lidah dan tangannya dan tidak beriman seorang hamba
sehingga aman tetangganya dari gangguannya. Sahabat bertanya: "Apakah
gangguan-gangguan itu, ya Rasulullah?"
Jawab Rasulullah s.a.w.:
"Tipuan dan aniaya."
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Said bin Al-Musayyab berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Kehormatan tetangga kepada tetangganya bagaikan kehormatan ibu. Juga
dapat bererti: Haramnya menggangu tetangga sama haram menggangu kepada ibu
kandung."
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Amr Al-ash r.a.
berkata kepada pelayannya: "Sembelihlah kambing dan berilah makanan pada
tetangga kami yang Yahudi." Kemudian ia berbicara sebentar dan berkata:
"Hai Ghulam, jika kau telah menyembelih kambing maka beri makanan untuk
tetangga yang Yahudi itu." Pelayan itu berkata: "Engkau ributkan kami
dengan Yahudi itu." Abdullah berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. selalu
berpesan kepada kami supaya baik kepada tetangga sehingga kami sangka
kemungkinan akan diberi hak waris.
Abul -laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Syuraih Alka'bi berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Siapa yang iman percaya kepada Allah s.w.t. dan hari kemudian hendaknya berkata baik atau diam
dan siapa yang beriman (percaya) kepada Allah s.w.t. dan hari kemudian harus menghormati tetangganya dan
siapa yang iman percaya kepada Allah s.w.t. dan hari kemudian harus merus menghormati tetamunya ja'izahnya iaitu hari pertama
datangnya dan dhiyafahnya
sampai tiga hari dan selebihnya dari itu sebagai sedekah."
Abul Laits meriwaytakan dengan sanadnya dari Alhasan Al-Bashri berkata Rasulullah s.a.w. bertanya:
"Apakah hak tetangganya?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Jika hutang kau hutangi, jika mengundang
kau datang, jika sakit kau ziarahi, jika minta tolong kau tolong, jika tertimpa
bala kau hibur, jika mendapat keuntungan kesenangan kau beri selamat, jika mati
kau hantar jenazahnya, jika pergi kau jagakan rumah dan anak-anaknya dan jangan
kau menggangunya dengan bau masakanmu kecuali jika memberikan hidayah dari
masakan itu kepadanya." Dilain riwayat ada tambahan iaitu: "Dan
jangan meninggalkan bangunan atas bagunannya kecuali dengan kerelaan
hatinya."
Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Jibril selalu berpesan kepadaku supaya baik
dengan tetangga sehingga saya kira kemungkinan itu akan diberi hak waris."
Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Ya Abuhurairah, jadilah engkau seorang yang warak
(menjauhi dari yang syubhat) nescaya kau akan menjadi manusia yang sangat
ibadat dan jadilah orang yang qana'ah (suka menerima/ terima apa adanya) supaya
kau menjadi manusia yang sangat bersyukur dan sukalah kepada sesama manusia apa
yang kau suka untuk dirimu sendiri nescaya kau menjadi mukmin benar-benar dan
perbaikilah hubungan dengan tetanggamu nescaya kau menjadi orang muslim yang
benar-benar dan kurangilah tertawamu kerana banyak tertawa itu mematikan
hati."
Firman Allah s.w.t. (Yang
berbunyi): "Wa'budullaha
walatusyriku bihi syai'a, wabil walidaini ihsana, wa bidzil qurba walyatama
walmasakina wabnassabili, waljaridzil qurba, waljaril junubi washabihi biljanbi
wabnissabil." (Yang bermaksud): "Hendaklah kau menyembah Allah dan tidak
menyekutukanNya dengan sesuatu apapun dan kepada kedua ibubapamu harus kamu
bakti taat dan membantu, juga kepada kerabat dan anak yatim dan orang miskin
dan tetangga yang sekerabat dan tetangga orang lain (bukan kerabat) dan teman dalam
perjalanan dan orang rantau." (Surah An nisa ayat 36)
Rasulullah s.a.w. bersabda: " Tetangga itu ada
tiga macam iaitu: yang mempunyai tiga hak dan yang mempunyai dua hak dan yang
mempunyai satu hak:
·
Adapun yang mempunyai tiga hak maka tetangga yang sekerabat dan Muslim
·
Adapun yang mempunyai dua hak maka tetangga itu yang bukan kerabat tetapi
Muslim
·
Adapun yang mempunyai satu hak maka tetangga orang kafir dzimmi (orang
kafir yang tidak menggangu kaum Muslimin)
Tiga hak itu ialah hak kerabat, hak ketetanggaan
dan hak Islam dan sua hak iaiyu hak ketetanggan dan hak Islam. Satu hak iaitu
hak ketetanggaan saja."
Abu Dzar Alghifari r.a. berkata: "Saya dipesan oleh kekasihku Rasulullah s.a.w. tiga macam iaitu:
·
Dengarlah dan taatlah kepada pemimpin kaum Kuslimin meskipun yang
diangkat itu orang yang dipotong hidungnya dan hamba sahaya
·
Jika kamu masak kuah maka banyakkan airnya dan perhatikan
tetangga-tetanggamu, maka berikan kepada mereka
·
Sembahyanglah lima waktu itu tepat pada waktunya
Juga ada keterangan: "Siapa yang mati sedang tiga hari dari
tetangganya rela padanya maka diampun baginya."
Seorang datang kepada Rasulullah
s.a.w. mengeluh kerana
gangguan tetangganya, maka Rasulullah
s.a.w. bersabda
kepadanya: "Jagalah dirimu, jangan menggangu padanya dan sabarlah atas
gangguannya dan cukup bagimu maut untuk memisah kamu berdua."
Alhasan Albashri berkata: "Bukan bernama baik dalam ketetanggaan itu tidak
mengganggu tetangga tetapi baik dalam ketetanggaan itu ialah sabar atas
gangguan tetangga."
Amr bin Al-Ash berkata: "Bukannya menyambung kerabat itu membalas hubungan
tetapi orang yang menyambung kerabat itu ialah orang yang menyambung hubungan
kerabat yang akan memutuskan hubungan keduanya dan lunak pada orang yang kasar
kepadanya, dan bukannya orang yang sabar itu yang membalas kesabaran kaumnya
tetapi jika kaumnya berlaku masa bodoh maka ia sabar."
Abul-Laits berkata: "Seharusnya seorang muslim sabar terhadap gangguan
tetangganya dan tidak menggangu tetangganya dan auratnya, adapun aman dari
lidahnya, maka tidak mengganggu atau membicarakannya yang tidak baik, adapun aman
dari tenganya, maka sekiranya kelupaan tidak mengunci rumahnya, maka
tetangganya itu tidak curiga daripadanya, adapun auratnya maka sekiranya ia
pergi lalu mendapat berita bahawa tetangganya masuk kerumahnya ia merasa
aman."
Ibn Abbas r.a. berkata: "Tiga macam akhlak yang berlaku dimasa jahilliyah
dan dianjurkan supaya tetap ada pada kaum muslimin iaitu:
·
Jika kedatangan tetamu bersungguh-sungguh menghormati dan menjamunya
·
Jika mempunyai isteri yang telah tua, tidak menceraikannya supaya jangan
sampai sia-sia
·
Jika tetangganya mendapat kesukaran, maka ia berusaha untuk
meringankannya meskipun dengan membayarkan hutangnya.
Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Pada hari kiamat kelak seorang tetangga memegang tetangganya dan berkata:
"Ya Tuhan, Engkau luaskan rezeki saudaraku ini dan menyempitkan rezekiku
sehingga saya lapar pada waktu siang hari dan ia kenyang, maka tanyakan
kepadanya mengapa ia menutup pintunya dan mengharamkan aku dari apa yang telah
diluaskan baginya."
Sufyan Atstsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman iaitu:
·
Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri dan tidak mendoakan
anak-anaknya dan kaum mukminin
·
Seorang yang pandai membaca al-quran tetapi tiap harinya tidak membaca
seratus ayat
·
Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat
·
Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan
mendoakan ahli kubur
·
Seorang yang sampai disuatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang
jemaah
·
Seorang yang didaerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak
mahu belajar apa-apa kepadanya
·
Dua orang bertemu diperjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama
kawannya itu
·
Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang
·
Pemuda yang tidak ada kerjanya dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan
·
Seorang yang kenyang sedang ia tahu bahawa tetangganya lapar tetapi tidak
diberi dari makanannya itu.
Abul-Laits berkata: "Kesempurnaan baik kepada tetangga itu ada empat macam iaitu:
·
Membantu dengan apa yang ada padanya
·
Tidak menginginkan kepunyaan tetangganya
·
Tidak mengganggu kepadanya
·
Sabar atas gangguan tetangganya